Bila pemilik rumah jumpa saya, mereka akan minta saya jual rumah secepat mungkin. Sesetengah pemilik sangka tempoh sebulan adalah paling lama. Realitinya, ada rumah kini yang sehingga setahun pun belum terjual. Terlalu banyak hartanah untuk dijual.. dan kurang pembeli yang berkelayakan. Kalau orang putih kata "buyers market" atau dalam bahasa melayu.. pasaran pembeli. Apa signifikan pasaran pembeli ni? Bila rumah yang nak dijual melebihi rumah yang dibeli..terdapat lambakan hartanah yang belum terjual dan disebabkan ini, harga kemungkinan akan turun atau mendatar. TETAPI... ada beberapa cara untuk memastikan rumah anda terjual dengan lebih pantas berbanding rumah jiran-jiran anda. Macammana caranya? Baca seterusnya untuk tips jual rumah dengan cepat: 1. Letak harga rumah menarik Terdapat beberapa cara untuk tentukan harga rumah yang menarik. Pertama, melalui harga valuation bank. Kedua, semak harga rumah lain di kawasan rumah anda. Ketiga, check w...