Skip to main content

Posts

Showing posts with the label blog

Panduan Beli Tanah Lot Banglo: Jangan Tersilap Pilih!

Mustahil untuk cari rumah landed baru di bawah RM400K di KL dan Selangor? Apatah lagi rumah banglo. Gerenti RM 1 Juta ke atas. Salah satu cara untuk memiliki rumah bungalow "mampu milik" adalah dengan membeli tanah lot banglo dan bina sendiri. Ini berlainan daripada membeli rumah banglo dari pemaju yang semestinya dua kali ganda lebih mahal. Namun, pembelian tanah tidaklah semudah yang disangka kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Apakah yang menjadikan sesuatu tanah lot sesuai dan elok untuk dibina banglo? Dan adakah anda tau faktor yang menyumbang kepada penjimatan wang bila ingin bina rumah? Ciri-ciri terbaik tanah lot banglo: 1. Tanah geran individu Tanah lot banglo mesti mempunyai geran individu (juga dikenali sebagai individual title). Geran individu membolehkan tanah dipindahkan nama ke atas pembeli baru. Ini membolehkan tanah diwariskan kepada anak juga. Dengan geran individu juga, membolehkan pembeli dapatkan pinjaman bank atau LPPSA. ...

Nak Beli Projek Baru Undercon: Kebaikan vs Risiko

Tahun 2020 menampakkan projek perumahan baru tumbuh seperti cendawan di tepi jalan. Kebanyakan pembeli hartanah sangat suka dengan projek baru, terutamanya apabila dapat diskaun, rebet dan banyak lagi. Tapi tahukah anda tentang risiko pembelian projek baru?  Adakah anda tahu bahawa di Malaysia terdapat 82 pemaju hartanah disenarai hitam?  Jom kita lihat dahulu definisi projek undercon: Perumahan yang belum dibina. Penjual adalah pemaju hartanah. Banyak unit untuk dijual oleh satu pihak.  CARA BELI RUMAH UNDER-CON Cara pembelian projek undercon sangat mudah berbanding pembelian rumah subsale atau rumah lelong. Kebiasaannya proses ini bermula dengan lawatan ke sales gallery atau show unit projek. Di situ anda akan berjumpa dengan sales rep yang akan membawa anda melawat show unit. Mereka juga akan memberitahu unit yang masih available beserta harga. Sekiranya berminat, anda akan diminta meletakkan duit booking dan sain surat mengatakan anda bersetuj...

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pembiayaan Perumahan

Bagi yang bekerja (swasta):  1. Dokumen pengenalan diri depan dan belakang 2. Payslip (3 bulan) 3. OT/allowance jika ada (6 bulan) 4. EA 5. EPF form 6. Surat pengesahan majikan (sekiranya bekerja kurang 3 bulan) 7. Bank statement 6 bulan 8. Dokumen sokongan  i.e. ASB, Tabung Haji dan FD Bagi yang bekerja sendiri (bisnes):  1. Salinan IC depan belakang 2. Salinan set Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) 3. Form B (2 Tahun income tax) 4. Penyata bank syarikat terkini 6 bulan 5. Profile syarikat (jika ada) 6. Penyata bank pemohon 6 bulan 7. Penyata akaun ASB/ Tabung Haji/ Unit Amanah/ Simpanan tetap 8. Slip pendapatan tambahan (jika ada) 6 bulan bersama 6 bulan penyata bank

Kebaikan VS Keburukan Beli Rumah Subsale

Kalau dilihat kebelakangan ni, memang banyak pilihan untuk beli rumah. Sampai pening nak pilih rumah yang macamana. Nak beli rumah subsale, tapi OK ke? Kali ni saya share sikit tentang rumah subsale ni, sebab ramai yang tak pasti tentang kebaikan beli rumah subsale ni berbanding rumah jenis lain. Apa itu rumah subsale? Rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada pemilik rumah lain yang bukan pemaju. Pendek kata, beli dari pasaran sekunder. Ini bermakna, rumah ni dah bertukar tangan ke pemilik lain. Rumah subsale ni, ada yang masih baru tapi ada juga yang telah diubahsuai dan diduduki. Apa kebaikan beli rumah subsale? 1. Kebaikan paling utama mestilah disebabkan harga . Rumah subsale secara keseluruhan lebih murah daripada rumah developer dalam kawasan sama. Tambahan lagi, harga rumah subsale masih boleh di-nego termasuk dengan pengubahsuaian dan penambahan. Rata-rata rumah subsale adalah lebih kurang 20% lebih rendah daripada projek baru. 2. Apa yang dilihat itu...

Cara Elak Rumah Dihuni Penyewa Bermasalah!

Rata-rata pernah dengar tentang cerita penyewa yang teruk, merosakkan rumah dan sebagainya bukan? Ramai juga yang takut untuk menyewakan rumah disebabkan mendengar pengalaman buruk pemilik rumah lain.  Tapi sayang! Anda melepaskan peluang untuk menjana pendapatan secara pasif, dan salah satu cara membantu untuk membayar ansuran pinjaman bulanan rumah.  Sekiranya kita menyewakan rumah, kita pasti hendakkan penyewa yang bayar sewa tepat pada masa dan pandai menjaga rumah. Seorang pemilik rumah yang saya jumpa mengatakan bahawa “nak cari penyewa baik ni macam rezeki.”  Ya betul, penyewa yang baik ini rezeki, tapi adakah  kita hanya boleh mengharapkan penyewa yang baik tanpa berbuat apa-apa? Ada kah cara yang boleh mengurangkan risiko penyewa yang tak diingini? Setelah 6 tahun pengalaman menyewakan rumah dan 2 setengah tahun mencarikan penyewa untuk pemilik hartanah lain, saya simpulkan bahawa ada cara-cara untuk menentukan bahawa seorang penyew...

Gunakan Rumah Untuk Dapat Cash?

Kalau beli rumah, jangan ingat cara untuk dapatkan duit balik adalah dengan menjual rumah saja. Sebenarnya banyak cara lain untuk jana profit dengan rumah tau! 1. Menyewakan rumah Yang ini biasa saja. Semua dah maklum yang kita boleh menyewakan rumah untuk jana income lebih. Ada juga yang menyewa mengikut bilik atau sekepala. Ada juga yang menyewakan rumah harian macam homestay. Topik sewa ni, kalau nak sembang panjang boleh jadi satu buku. Terlalu banyak teknik dan strategi yang digunakan untuk menyewakan rumah.  2. Keluarkan duit EPF akaun 2 secara lump-sum Kalau ada beli rumah dalam tempoh 3 tahun, kita boleh mohon untuk keluarkan 10% daripada harga rumah. Kalau beli rumah RM400K, kita boleh mohon untuk keluarkan RM40K. Duit RM40K ni kita boleh guna untuk melabur di dalam ASB, atau unit trust untuk pulangan lebih lumayan berbanding EPF.  3. Keluarkan duit EPF akaun 2 bulan-bulan Walaupun kita sudah keluarkan duit epf 10% daripada harga rumah, selagi masih ada ...

4 Jenis Pengeluaran KWSP Untuk Pemilikan Hartanah

Mengikut " The 2019 Malaysian Home Survey " yang dijalankan dari 27 Disember 2018 sehingga 25 Januari 2019, 23% daripada pembeli menyatakan bahawa kekangan terbesar pembelian hartanah adalah disebabkan tak mampu bayar downpayment rumah.  Sumber: The Says   Adakah anda tahu, salah satu cara untuk dapatkan duit downpayment adalah melalui pengeluaran KWSP Akaun 2? Malah, terdapat empat jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk pemilikan hartanah! Jom baca untuk ketahui apa jenis-jenis pengeluaran KWSP ni.  1. PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH Anda dibenarkan untuk mengeluarkan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam akaun 2. Ini termasuklah untuk pembelian rumah dari pemaju atau rumah subsale. Pembiayaan cash atau pinjaman bank dibenarkan untuk pengeluaran akaun 2 ini.   Dokumen yang diperlukan:  -  Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen -  Mykad -  Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perja...

Tanah Lot Banglo Di Bawah Harga RM400k Kawasan Selangor

Anda sedang mencari tanah lot banglo di kawasan Selangor? Jom lihat tanah-tanah lot banglo yang berharga di bawah RM400K! SEPANG 1. JENDERAM HULU SEPANG Harga RM240,000 (RM50psf)  - Ciri-ciri tanah: Tanah bukit (cut & fill), diratakan, dan siap infrastruktur. Jalan akses ke tanah tersedia. Lebar jalan 50". Bungalow sekeliling sudah ada di tanah fasa awal bersebelahan. Tidak gated & guarded, satu jalan masuk sahaja. - Land area: 4800 sqft - Land tenure: Freehold, rezab melayu - Pemaju/subsale: Pemaju - Harga: RM240,000 (RM50psf) - Bonus: Free Legal Fee & MOT  Untuk maklumat lanjut tanah lot banglo ini,   klik sini untuk whatsapp saya.  2. Desa Salak Harmoni, Sepang Harga RM180,000 (RM45PSF)  - Ciri-ciri tanah: Pilihan tanah rata, atau sebelah bukit. Tidak gated & guarded. Satu jalan masuk sahaja. - Saiz tanah: 4000-7000 sqft - Saiz tanah: Freehold, rezab melayu - Pemaju/subsale: Pemaju - Harga: RM1...