Skip to main content

Kebaikan VS Keburukan Beli Rumah Subsale



Kalau dilihat kebelakangan ni, memang banyak pilihan untuk beli rumah. Sampai pening nak pilih rumah yang macamana. Nak beli rumah subsale, tapi OK ke? Kali ni saya share sikit tentang rumah subsale ni, sebab ramai yang tak pasti tentang kebaikan beli rumah subsale ni berbanding rumah jenis lain.

Apa itu rumah subsale?

Rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada pemilik rumah lain yang bukan pemaju. Pendek kata, beli dari pasaran sekunder. Ini bermakna, rumah ni dah bertukar tangan ke pemilik lain. Rumah subsale ni, ada yang masih baru tapi ada juga yang telah diubahsuai dan diduduki.


Apa kebaikan beli rumah subsale?


1. Kebaikan paling utama mestilah disebabkan harga. Rumah subsale secara keseluruhan lebih murah daripada rumah developer dalam kawasan sama. Tambahan lagi, harga rumah subsale masih boleh di-nego termasuk dengan pengubahsuaian dan penambahan. Rata-rata rumah subsale adalah lebih kurang 20% lebih rendah daripada projek baru.


2. Apa yang dilihat itulah yang dapat. Kebanyakan rumah subsale adalah jualan 'as-is where is' bermaksud kondisi rumah yang diserahkan pada pembeli adalah seperti yang dilihat sewaktu viewing. Kebaikannya di sini adalah sebagai pembeli, anda dapat teliti keadaan rumah dengan terperinci semasa viewing. Pastikan anda perhatikan sekiranya terdapat sebarang kerosakan, kebocoran atau kelemahan dari segi pelan lantai atau lokasi.

Ada kalanya rumah menghadap matahari petang, dan pembeli kurang berminat. Atau bilik bawah yang agak kecil. Semua terpulang pada citarasa dan keperluan masing-masing. Tapi yang penting, anda dapat gambaran jelas keadaan rumah yang hendak dibeli. Ini berbeza dengan rumah under-construction atau rumah lelong di mana anda hanya membayangkan keadaan rumah berdasarkan pelan lantai atau pandangan luar.


3. Lokasi strategik berdekatan bandar.
Kawasan yang baru dibuka semakin jauh dari bandar. Ada yang tak kisah menempuh kesesakan lalu lintas ke tempat kerja kerana lebih suka rumah dan kawasan baru. Namun begitu, ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa kesesakan lalu lintas mampu memberi impak negatif dari segi sosial, dan kesihatan. Jarak terbaik hanya mengambil 15-30 minit untuk satu perjalanan. (sumber: Huff Post)


4. Kawasan perumahan matang (mature neighbourhood)
Masa viewing, kita dapat perhatikan siapakah jiran-jiran yang duduk berdekatan, berbanding rumah under construction. Rumah subsale juga berada dalam matured neighbourhood, di mana kedai-kedai, sekolah, bank, dan restoren semua dah ada, tambahan lagi, kebanyakannya berdekatan dalam 5 minit.

Untuk ibubapa khasnya, pasti sedar kepentingan sekolah yang mempunyai sistem yang elok dan guru yang berpengalaman dan ini hanya boleh didapati kalau sekolah telah berjalan selama beberapa tahun dan telah mempunyai rekod baik.


5. Pilihan untuk buat mark-up loan.
Pilihan ini hanyalah untuk mereka yang telah cek kelayakan loan dan bank value rumah tersebut. Mark up loan yang dibuat biasanya digunakan untuk membaik pulih rumah yang dibeli atau bagi menampung kos-kos lain pembelian rumah seperti legal fee dan stamp duty. Tapi, bagi pembeli rumah pertama, ditegah gunakan cara ini, melainkan sedar akan risiko buat mark up loan.


6. Boleh pindah lebih cepat. 
Kalau beli rumah subsale, anda boleh pindah masuk bila urusan pindah milik selesai. Proses ini hanya ambil masa 3-6 bulan. Tempoh ni sangat cepat berbanding beli rumah under-construction dimana perlu tunggu rumah siap dibina dalam 4 tahun dari tarikh sain SPA.


Apa Pula Keburukan Beli Rumah Subsale?


1. Reka bentuk lama.
Selain design, floor plan sesetengah rumah subsale juga agak pelik. Ada rumah yang tiada bilik di tingkat bawah dan saiz terlalu kecil. Dari segi kemasan, rumah yang dibina tahun 90an pasti ada lantai parquet dan plaster siling yang berbunga. Pembeli kini sukakan design kontemporari, kemas dan simple.


2. Duit pendahuluan yang banyak.
Selain 10% downpayment, pembeli rumah subsale perlu sediakan 5% lagi untuk kos peguam dan duti setem. Kalau rumah berharga RM500K, maka downpayment yang perlu disediakan adalah RM75,000. Namun ada beberapa cara yang boleh membantu bayaran downpayment, contohnya mengeluarkan 10% daripada EPF. Cara lain--mark up loan. Untuk rumah under construction, downpayment yang diperlukan sangat sedikit. Ada yang memerlukan hanya 1% daripada harga rumah.


3. Perlu keluarkan kos untuk baiki rumah.
Melainkan sewaktu beli, rumah dalam kondisi terbaik dan baru upgrade... anda perlu sediakan sedikit bajet untuk baiki rumah. Samada renovasi kecil atau besar, itu terpulang pada bajet anda. Ini juga boleh ditentukan secara kasar sebelum beli rumah.


4. Pilihan rumah terhad. 
Bagi rumah subsale, kadang kala rumah yang diingini tak ada. Contohnya, rumah yang mengadap kawasan terbuka dan berdekatan surau. Kalau anda tak urgent, anda boleh minta agent carikan dan update apabila terdapat owner yang ingin jual rumah tersebut.


Kalau rasa sharing ni bermanfaat, minta SHARE pada kawan-kawan yang sedang buat keputusan untuk beli rumah. 

TENTANG SAYA: Seorang senior real estate negotiator yang berpengalaman mengendalikan penjualan dan pembelian rumah projek pemaju & subsale selama 4 tahun. Sebarang pertanyaan tentang servis jualan/beli di sekitar Klang Valley, boleh hubungi: ADILAH https://goo.gl/62QtPv (whatsapp) REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN24334) IWP ECOHILL FOLLOW: https://www.hartanahgirl.com

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Landed atau Rumah Condo? Yang Mana Patut Saya Beli?

Hai! Kali ni saya nak kongsi apa kelebihan Rumah Landed dan rumah condo. Tak dinafikan, memang ramai yang mengidamkan rumah landed.. tapi harga rumah landed di KL dan Selangor dah naik mendadak sekarang. Pihak pemaju dah lama sedar tentang hal ni, jadi makin banyak condominium dibina untuk memenuhi kehendak pembeli yang nak tinggal dekat dengan bandar. Sebenarnya rumah landed atau rumah condo ni, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Jom tengok apa kebaikan dan apa keburukan rumah landed vs rumah condo! Kebaikan Rumah Landed 1. Lebih banyak ruang/kebebasan Kalau berkeluarga, semestinya rumah landed menjadi pilihan kerana ada ruang yang luas dan kebanyakan rumah landed ada dua tingkat. Ada kebebasan untuk buat penambahan atau membaik pulih kawasan rumah. Rumah landed landed juga ada kawasan di luar rumah yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak atau berkebun. 2. Senang parking Ini adalah faktor yang sangat penting di Malaysia kerana kebanyakan keluarg...

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)

*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini.  *UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian *UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di  https://goo.gl/62QtPv . Corner dan endlot terhad. *UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di  https://goo.gl/62QtPv    *UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp  https://goo.gl/62QtPv   untuk join waitlist projek baru* *NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang. Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajan...