Skip to main content

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)



*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini. 

*UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian

*UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di https://goo.gl/62QtPv. Corner dan endlot terhad.

*UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di https://goo.gl/62QtPv  

*UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp https://goo.gl/62QtPv  untuk join waitlist projek baru*

*NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang.

Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajang, boleh teruskan membaca tentang projek Desa Budiman di Bandar Sungai Long, Kajang.

Keistimewaan projek ini terletak pada pelan terancang perumahan yang mengetengahkan konsep gated dan guarded community serta low density. Kawasan Desa Budiman terletak berdekatan hutan simpan bukit Enggang, menjadikan tempat ini jauh dari pencemaran udara dan begitu kondusif untuk keluarga.

Fasa baru Desa Budiman telah dilancarkan pada akhir tahun 2018, mempunyai 43 buah rumah teres dua tingkat. Fasiliti yang disediakan di dalam kawasan gated guarded ini termasuklah taman permainan, 24 jam sekuriti, perimeter berpagar, dan tapak surau. Fasa baru ini bakal disiapkan pada November 2020.




MAKLUMAT RINGKAS:

- Jenis rumah: Teres dua tingkat

- Status terkini: bawah construction. Bakal disiapkan pada tahun 2020.

- LEASEHOLD, MALAY RESERVED  (tanah rezab melayu)
tarikh luput pajakan tahun 2115.
(Definisi malay reserved: hanya boleh dimiliki melayu semenanjung sahaja. Sekiranya melayu Sabah & Sarawak, tidak layak. Perlu buktikan dengan surat beranak)

- 4 bilik tidur, 3 bilik air

- Terdapat dua jenis build up:

  • 1782 sqft dengan keluasan tanah 20x60
Pelan lantai seperti berikut:



  • 1900 sqft dengan keluasan tanah 20x65
Pelan lantai seperti berikut: 



TENTANG PEMAJU


Pemaju Pujangga Budiman sdn bhd adalah pemaju yang berpengalaman dalam projek perumahan dan komersial di sekitar Bandar Sungai Long. Antara projek yang dijayakan sebelum ini adalah Taman Seri Budiman, Cheras Vista, dan Budiman Business Park. Pemaju terkenal dengan design kontemporari dan pelan lantai yang praktikal serta kemasan terbaik. 


APA KEISTIMEWAAN TINGGAL DI DESA BUDIMAN?

1. Komuniti Melayu
Disebabkan tanah malay reserved hanya boleh dibeli orang melayu yang lahir di Semenanjung, komuniti adalah majoriti melayu & islam (melainkan disewa ke bukan melayu). Sebarang aktiviti mudah diatur sesama jiran. Tiada kehadiran anjing yang membuatkan sesetengah orang kurang selesa.

2. Persekitaran hijau dan aman
Lokasi yang betul-betul bersebelahan Bukit Enggang menjadikan kawasan nyaman, jauh dari pencemaran udara.

3. Gated & guarded
Kawasan Desa Budiman terdapat perimeter fencing, jalan keluar masuk hanya satu dan dipantau 24 jam. Keselamatan lebih terjamin dan kurang risau tentang kes-kes kecurian, pecah rumah dan sebagainya. Kehadiran orang luar juga perlu didaftarkan dalam log book di guard house.

4. Harga terbaik di kawasan Cheras & Sungai Long
Harga median rumah teres subsale di Bandar Sungai Long sudah mencecah harga RM600K. Projek Desa Budiman bermula harga RM558K, dan banyak lagi benda free yang pemaju bagi!


LOKASI:

Desa Budiman terletak di Bandar Sungai Long, Kajang, berdekatan dengan Cheras, Selangor. Akses masuk ke Desa Budiman adalah melalui Jalan Sungai Long atau melalui jalan utama Mahkota Cheras.

EKVE yang bakal disiapkan pada penghujung tahun 2019 akan menghubungkan Bandar Sungai Long dengan Ampang.

Lokasi di Google Maps:



Kejiranan terdekat adalah Sungai Long, Mahkota Cheras, Taman Rakan, Bandar Tun Hussein Onn.

MRT terdekat adalah stesen Batu 11 dan stesen Bukit Dukung.

Lokasi lain:
- Surau 1km
- Kedai-kedai makan, speedmart, dobi 1km
- SJKC Bandar Sg Long 3km
- SMK Bandar Sg Long 2km
- SRK Taman Rakan 4km
- Bandar Mahkota Cheras Mall 4km
- Aeon Cheras Selatan 7km
- KLCC 24km

***
PROMO PEMAJU:

Untuk pelancaran fasa baru, pemaju Pujangga Budiman menyediakan beberapa pakej dan insentif menarik untuk para pembeli.

Diantaranya,

- Homogeneous tile di porch depan

- 4 piping dan point air-cond

- Sistem solar heater untuk pemasangan water heater

- Pam air (water pump)

- Sistem auto-gate


Dan untuk pakej pembelian pula, disediakan


- 10% Discount

- FREE yuran peguam SPA

- FREE duti setem SPA


SEMPENA PKP

BOOKING FEES -- Hanya RM500 sahaja.
Harga bermula RM558,000.

Fasa baru hanya terdapat 43 unit sahaja.

*update terbaru Jun 2020: hanya tinggal 4 unit intermediate 20x65. 20x60 sudah sold out.  

Projek ni sangat menarik terutamanya sebab lokasi tak jauh dari KL. Sesuai bagi yang bekerja di kawasan KL, Kajang, Cheras, dan Putrajaya. Harganya sangat berbaloi kalau dibandingkan dengan projek rumah teres yang lain.

Kalau inginkan sebuah rumah baru kontemporari, dalam kejiranan yang selamat dan majoriti berkeluarga, memang kena tengok projek ni!

Sekiranya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang projek Desa Budiman ni, boleh contact saya:
Adilah 017-5709926 ataupun whatsapp ke https://goo.gl/62QtPv 

Lagi gambar rumah di Desa Budiman:



Rumah design moden, dengan kemasan simple. Kualiti binaan pemaju pada fasa-fasa sebelum ni memuaskan pembeli.








Terdapat ruangan famili di tingkat atas, serta 3 bilik tidur.
















Pandangan tepi rumah jenis "corner lot".





UPDATE TERKINI JUNE 2020

Pembinaan telah 80% siap.





4 unit terakhir masih available!

Hubungi ADILAH +6017-5709926
REN 24334
Authorized Agent
IWProperties Eco Hill

or
Whatsapp for more details: https://goo.gl/62QtPv 


TENTANG SAYA: Seorang senior real estate negotiator yang berpengalaman mengendalikan penjualan dan pembelian rumah projek pemaju & subsale selama 4 tahun. Sebarang pertanyaan tentang servis jualan/beli di sekitar Klang Valley, boleh hubungi: ADILAH https://goo.gl/62QtPv (whatsapp) REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN24334) IWP ECOHILL FOLLOW: https://www.hartanahgirl.com

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Landed atau Rumah Condo? Yang Mana Patut Saya Beli?

Hai! Kali ni saya nak kongsi apa kelebihan Rumah Landed dan rumah condo. Tak dinafikan, memang ramai yang mengidamkan rumah landed.. tapi harga rumah landed di KL dan Selangor dah naik mendadak sekarang. Pihak pemaju dah lama sedar tentang hal ni, jadi makin banyak condominium dibina untuk memenuhi kehendak pembeli yang nak tinggal dekat dengan bandar. Sebenarnya rumah landed atau rumah condo ni, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Jom tengok apa kebaikan dan apa keburukan rumah landed vs rumah condo! Kebaikan Rumah Landed 1. Lebih banyak ruang/kebebasan Kalau berkeluarga, semestinya rumah landed menjadi pilihan kerana ada ruang yang luas dan kebanyakan rumah landed ada dua tingkat. Ada kebebasan untuk buat penambahan atau membaik pulih kawasan rumah. Rumah landed landed juga ada kawasan di luar rumah yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak atau berkebun. 2. Senang parking Ini adalah faktor yang sangat penting di Malaysia kerana kebanyakan keluarg...

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...