Hi, we've moved to hartanahgirl.com!
Mustahil untuk cari rumah landed baru di bawah RM400K di KL dan Selangor? Apatah lagi rumah banglo. Gerenti RM 1 Juta ke atas. Salah satu cara untuk memiliki rumah bungalow "mampu milik" adalah dengan membeli tanah lot banglo dan bina sendiri. Ini berlainan daripada membeli rumah banglo dari pemaju yang semestinya dua kali ganda lebih mahal. Namun, pembelian tanah tidaklah semudah yang disangka kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Apakah yang menjadikan sesuatu tanah lot sesuai dan elok untuk dibina banglo? Dan adakah anda tau faktor yang menyumbang kepada penjimatan wang bila ingin bina rumah? Ciri-ciri terbaik tanah lot banglo: 1. Tanah geran individu Tanah lot banglo mesti mempunyai geran individu (juga dikenali sebagai individual title). Geran individu membolehkan tanah dipindahkan nama ke atas pembeli baru. Ini membolehkan tanah diwariskan kepada anak juga. Dengan geran individu juga, membolehkan pembeli dapatkan pinjaman bank atau LPPSA. ...