Skip to main content

4 Jenis Pengeluaran KWSP Untuk Pemilikan Hartanah

Mengikut "The 2019 Malaysian Home Survey" yang dijalankan dari 27 Disember 2018 sehingga 25 Januari 2019, 23% daripada pembeli menyatakan bahawa kekangan terbesar pembelian hartanah adalah disebabkan tak mampu bayar downpayment rumah. 

Sumber: The Says 


Adakah anda tahu, salah satu cara untuk dapatkan duit downpayment adalah melalui pengeluaran KWSP Akaun 2? Malah, terdapat empat jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk pemilikan hartanah! Jom baca untuk ketahui apa jenis-jenis pengeluaran KWSP ni. 


1. PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH

Anda dibenarkan untuk mengeluarkan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam akaun 2. Ini termasuklah untuk pembelian rumah dari pemaju atau rumah subsale. Pembiayaan cash atau pinjaman bank dibenarkan untuk pengeluaran akaun 2 ini.  

Dokumen yang diperlukan: 
- Mykad
Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)

Permohonan sekarang boleh dilakukan online sahaja di website KWSP atau boleh juga pergi ke mana-mana pejabat KWSP untuk buat permohonan. Apabila dapat kelulusan dalam masa dua minggu, amaun penuh akan dimasukkan ke akaun bank pemohon. 


2. PENGELUARAN KWSP UNTUK BINA RUMAH

Boleh mengeluarkan 10% daripada harga pembinaan rumah ataupun seluruh akaun 2. Harga tanah boleh dikira sekali kalau tidak lebih 2 tahun daripada perjanjian bina rumah (CA). 

Dokumen yang diperlukan: 
- Mykad
Buku bank atau salinan penyata akaun bank (bagi tujuan pengesahan)
Perjanjian pembinaan bina rumah (dengan ahli, pasangan or nama bersama)
Pelan lokasi tapak pembinaan rumah (jika berkenaan)
- Surat kelulusan pinjaman perumahan
- Surat perjanjian beli tanah - tidak melebihi 2 tahun daripada surat perjanjian bina rumah
Surat Kelulusan pembinaan rumah oleh Pihak Berkuasa Tempatan 

Pembayaran amaun penuh akan dimasukkan ke akaun bank pemohon. 


3. PENGELUARAN KWSP UNTUK MENGURANGKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

Tujuan pengeluaran ini adalah untuk mengurangkan tempoh pembayaran pinjaman perumahan. Contohnya daripada tempoh 35 tahun, dipendekkan menjadi 20 tahun. Pengeluaran ini hanya boleh dilakukan sekali setahun untuk rumah pertama atau kedua (selepas rumah pertama dijual, atau dihabiskan pembayaran pinjaman).

Kebaikan membuat pengurangan pinjaman adalah kerana penjimatan ke atas interest pinjaman perumahan, selain memendekkan tempoh pinjaman perumahan. 

Senarai dokumen yang diperlukan:
- Mykad 
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan Bank/LPPSA mengikut format KWSP (dapatkan di bank pinjaman perumahan)

Pembayaran untuk pengeluaran jenis ini akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan. 


4. PENGELUARAN KWSP UNTUK BAYAR ANSURAN PINJAMAN PERUMAHAN 

Anda rasa macam bulan ni susah untuk bayar ansuran pinjaman perumahan? Jangan biarkan sahaja.. kerana ini boleh efek CCRIS anda. Mohon pengeluaran untuk bayar ansuran bulan, minimum tempoh 6 bulan. Sekiranya pernah biayai semula (refinancing), baki pinjaman terkini atau pinjaman original akan digunakan mengikut amaun terendah. 

Pengeluaran ini juga boleh digunakan untuk non-performing loan (NPL). 

Dokumen yang diperlukan: 
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP (dapatkan di bank pinjaman perumahan) ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA 
- Mykad
Buku bank atau salinan penyata akaun bank

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank pemohon. Sekiranya loan adalah NPL, pembayaran akan dibuat ke akaun bank pinjaman perumahan. 

----

Pengeluaran KWSP kini sangat mudah dan cepat. Walaupun di website mengatakan tempoh pembayaran adalah 15 hari bekerja, rata-rata pemohon dapat pembayaran dalam masa seminggu sahaja. 

Permohonan juga boleh dilakukan secara online ataupun di mana-mana pejabat KWSP. Gunakan insentif ini untuk rancang pembelian rumah anda, kalau tak digunakan, rugilah! 

Sekiranya artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk SHARE di Facebook.


Sumber rujukan: KWSP/EPF

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Landed atau Rumah Condo? Yang Mana Patut Saya Beli?

Hai! Kali ni saya nak kongsi apa kelebihan Rumah Landed dan rumah condo. Tak dinafikan, memang ramai yang mengidamkan rumah landed.. tapi harga rumah landed di KL dan Selangor dah naik mendadak sekarang. Pihak pemaju dah lama sedar tentang hal ni, jadi makin banyak condominium dibina untuk memenuhi kehendak pembeli yang nak tinggal dekat dengan bandar. Sebenarnya rumah landed atau rumah condo ni, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Jom tengok apa kebaikan dan apa keburukan rumah landed vs rumah condo! Kebaikan Rumah Landed 1. Lebih banyak ruang/kebebasan Kalau berkeluarga, semestinya rumah landed menjadi pilihan kerana ada ruang yang luas dan kebanyakan rumah landed ada dua tingkat. Ada kebebasan untuk buat penambahan atau membaik pulih kawasan rumah. Rumah landed landed juga ada kawasan di luar rumah yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak atau berkebun. 2. Senang parking Ini adalah faktor yang sangat penting di Malaysia kerana kebanyakan keluarg...

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)

*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini.  *UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian *UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di  https://goo.gl/62QtPv . Corner dan endlot terhad. *UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di  https://goo.gl/62QtPv    *UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp  https://goo.gl/62QtPv   untuk join waitlist projek baru* *NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang. Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajan...