Skip to main content

Cara Elak Rumah Dihuni Penyewa Bermasalah!


Rata-rata pernah dengar tentang cerita penyewa yang teruk, merosakkan rumah dan sebagainya bukan? Ramai juga yang takut untuk menyewakan rumah disebabkan mendengar pengalaman buruk pemilik rumah lain. 

Tapi sayang! Anda melepaskan peluang untuk menjana pendapatan secara pasif, dan salah satu cara membantu untuk membayar ansuran pinjaman bulanan rumah. 

Sekiranya kita menyewakan rumah, kita pasti hendakkan penyewa yang bayar sewa tepat pada masa dan pandai menjaga rumah. Seorang pemilik rumah yang saya jumpa mengatakan bahawa “nak cari penyewa baik ni macam rezeki.” 

Ya betul, penyewa yang baik ini rezeki, tapi adakah kita hanya boleh mengharapkan penyewa yang baik tanpa berbuat apa-apa?

Ada kah cara yang boleh mengurangkan risiko penyewa yang tak diingini?

Setelah 6 tahun pengalaman menyewakan rumah dan 2 setengah tahun mencarikan penyewa untuk pemilik hartanah lain, saya simpulkan bahawa ada cara-cara untuk menentukan bahawa seorang penyewa itu berpotensi baik.

Cara Menentukan Penyewa Terbaik


1. Membayar deposit penuh tanpa masalah 

Untuk menyewa rumah, kebiasaannya kita akan meminta deposit:

2 bulan deposit sekuriti
1 bulan bayaran kedepan
1/2 bulan deposit utiliti
yuran perjanjian sewa

Deposit ini bertujuan melindungi rumah daripada risiko kerosakan oleh penyewa. Kebiasaannya, penyewa yang tiada masalah untuk bayar deposit penuh adalah penyewa yang mempunyai perancangan kewangan yang baik. Ini penting kerana mereka perlu bayar sewa bulanan tepat masa selama setahun atau lebih. 


2. Tidak terburu-buru mencari rumah sewa

Mungkin ini berbunyi pelik, tetapi sebelum ini, saya pernah mendapat seorang penyewa yang lihat rumah dan ingin pindah pada keesokan harinya. Latar belakang mereka baik, tetapi tidak tahu kenapa mereka terburu-buru. Dan selepas itu, memang betullah satu demi satu masalah terjadi. 

Secara logiknya, sekiranya nak pindah, pasti banyak perancangan yang diperlukan. Biasanya, akan tunggu sehingga akhir bulan di mana sewa mereka yang sebelum ini habis. Paling pun, akan tunggu 1-2 minggu untuk selesaikan sebarang urusan sebelum pindah. 

Mengapa poin ini penting? Kerana sikap terburu-buru itu, melambangkan sesuatu yang cemas, dan mereka tidak berfikir panjang untuk memilih tempat tinggal. Adakah logik untuk berpindah dengan begitu cepat, memandangkan menyewa adalah keputusan jangka masa panjang? 


3. Menjawab pertanyaan latar belakang 

Maklumat latar belakang termasuklah:
- adakah tinggal bersama keluarga?
- berapa orang akan tinggal bersama?
- bilakan tarikh pindah masuk?
- apakah pekerjaan penyewa dan keluarga, dan di mana ofisnya

Maklumat ini penting untuk menentukan samada penyewa ini sesuai atau tidak. Kebiasaannya, pemilik suka pada penyewa yang berkeluarga kerana latar belakang yang lebih stabil serta mempunyai dua punca pendapatan (bagi yang berkahwin). 

Selain penyewa yang berkeluarga, terdapat juga pekerja yang ditanggung sewa oleh syarikat, pelajar, dan executive muda yang baru bekerja.


4. Tidak sorok maklumat pekerjaan

Selain mengetahui latar belakang, kita juga perlu tahu punca pendapatan penyewa. Salah satu cara untuk mengetahui samada penyewa mampu atau tidak adalah dengan meminta maklumat pekerjaan seperti business card, atau ID pekerja.

Dari sini kita sudah tahu apakah kemampuan penyewa. Sekiranya sudah berkahwin, kita boleh meminta maklumat pekerjaan suami dan isteri.  

Kalau penyewa mempunyai bisnes sendiri, kita boleh minta ssm syarikat dan profile. Sekiranya mereka tidak boleh beri maklumat yang diminta, sebolehnya tolak penyewa dengan baik. 

5. Pernah menyewa atau beli rumah sebelum ini

Kalau bakal penyewa pernah menyewa atau miliki rumah sendiri sebelum ini, ini adalah petanda baik. Ini bermaksud penyewa sudah biasa dengan komitmen membayar sewa atau ansuran bulanan tepat pada masanya. 

Mereka juga tahu apa implikasi sekiranya merosakkan rumah dan sebagainya kerana mereka ini sudah berpengalaman. 

6. Gerak hati atau intuisi

Intuisi bermaksud proses yang membenarkan kita mengetahui sesuatu tanpa pertimbangan secara analitik. Gerak hati ini seperti membina jambatan antara minda sedar dan separa sedar, juga antara naluri dan fikiran logik. 

Lepas dah lakukan perkara-perkara di atas, penting juga untuk dengar gerak hati. Apa perasaan semasa berjumpa bakal penyewa, samada mereka boleh dipercayai atau tidak? Adakah mereka mempunyai perwatakan yang baik atau anda rasa tak senang? 

...
Dengan langkah berjaga-jaga yang anda ambil di atas, peluang untuk bertemu penyewa bermasalah adalah sedikit. Selamat menyewakan rumah ya! 


Kalau anda rasa artikel ni bermanfaat, boleh like & share! 

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Landed atau Rumah Condo? Yang Mana Patut Saya Beli?

Hai! Kali ni saya nak kongsi apa kelebihan Rumah Landed dan rumah condo. Tak dinafikan, memang ramai yang mengidamkan rumah landed.. tapi harga rumah landed di KL dan Selangor dah naik mendadak sekarang. Pihak pemaju dah lama sedar tentang hal ni, jadi makin banyak condominium dibina untuk memenuhi kehendak pembeli yang nak tinggal dekat dengan bandar. Sebenarnya rumah landed atau rumah condo ni, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Jom tengok apa kebaikan dan apa keburukan rumah landed vs rumah condo! Kebaikan Rumah Landed 1. Lebih banyak ruang/kebebasan Kalau berkeluarga, semestinya rumah landed menjadi pilihan kerana ada ruang yang luas dan kebanyakan rumah landed ada dua tingkat. Ada kebebasan untuk buat penambahan atau membaik pulih kawasan rumah. Rumah landed landed juga ada kawasan di luar rumah yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak atau berkebun. 2. Senang parking Ini adalah faktor yang sangat penting di Malaysia kerana kebanyakan keluarg...

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)

*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini.  *UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian *UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di  https://goo.gl/62QtPv . Corner dan endlot terhad. *UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di  https://goo.gl/62QtPv    *UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp  https://goo.gl/62QtPv   untuk join waitlist projek baru* *NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang. Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajan...