Skip to main content

5 Rahsia Jual Rumah Cepat



Bila pemilik rumah jumpa saya, mereka akan minta saya jual rumah secepat mungkin. Sesetengah pemilik sangka tempoh sebulan adalah paling lama. Realitinya, ada rumah kini yang sehingga setahun pun belum terjual. Terlalu banyak hartanah untuk dijual.. dan kurang pembeli yang berkelayakan.

Kalau orang putih kata "buyers market" atau dalam bahasa melayu.. pasaran pembeli. Apa signifikan pasaran pembeli ni? Bila rumah yang nak dijual melebihi rumah yang dibeli..terdapat lambakan hartanah yang belum terjual dan disebabkan ini, harga kemungkinan akan turun atau mendatar.

TETAPI... ada beberapa cara untuk memastikan rumah anda terjual dengan lebih pantas berbanding rumah jiran-jiran anda. Macammana caranya? Baca seterusnya untuk tips jual rumah dengan cepat:

1. Letak harga rumah menarik


Terdapat beberapa cara untuk tentukan harga rumah yang menarik. Pertama, melalui harga valuation bank. Kedua, semak harga rumah lain di kawasan rumah anda. Ketiga, check website Brickz untuk harga rumah yang dah terjual. Ambil kira semua harga yang anda lihat dan tentukan harga terbaik untuk jual rumah.

Rumah yang ada renovasi boleh diletakkan harga tinggi sedikit. Kalau ada renovate rumah, pastikan masih up-to-date. Biasanya, rumah kriteria move-in condition ni adalah rumah yang baru di ubah suai dalam masa 5 tahun lepas.

2. Masa 

Kebiasaannya, bulan-bulan perayaan dan cuti sekolah adalah bulan dimana kurang aktiviti membeli. Biasanya awal tahun aktiviti lebih rancak.. begitu juga selepas Raya dalam bulan 6 atau 7. Jadi kalau jual rumah pada bulan Januari kemungkinan besar lebih senang terjual berbanding rumah yang mula dijual pada bulan 11-12 (bulan cuti sekolah). 

3. Baiki kerosakan dalam & luar rumah

Kalau nak jual kereta, tak mungkin mentol lampu kereta dibiarkan terbakar, atau bateri dibiarkan mati. Kalau radio kena curi, mesti diganti. Macam tu juga kalau ada sebarang kerosakan dalam rumah, contohnya tingkap pecah, lantai pecah, atau kesan bocor di dinding.

Rumah yang ada kesan kerosakan akan ambil masa yang lama untuk dijual, melainkan harga dijatuhkan sampai 20% dibawah harga pasaran. Adui! Banyak tu. Jangan biarkan duit hilang macam tu saja.. Baiki dulu rumah sebelum jual. Paling tidak pun, cat balik satu rumah dengan cat putih dan potong lalang yang merambai-rambai.

4. Kemas barang peribadi

Seperti poin no 2, rumah mestilah dalam keadaan kemas dan teratur supaya menampakkan imej terbaik buat pembeli. Barang-barang yang tidak digunakan perlu dibuang atau dialihkan ke tempat lain. Jangan biar barang/baju/buku berlonggok dan nampak serabut.

Jadikan rumah anda sedap mata memandang. Pembeli hanya perlukan 30 saat untuk menentukan samada rumah dalam keadaan elok atau tidak dan kalau barang berselerak, mungkin akan memberi impak negatif secara tidak langsung.

5. Fleksibel dalam terma dan syarat

Untuk pembelian rumah subsale, pembeli perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar sebagai pendahuluan dan kos lain seperti peguam dan duti setem. Dengan memberi kelonggaran deposit, dapat membantu buyer dalam urusan bayaran. 

Anda perlu fleksibel dengan membenarkan buyer melambatkan bayaran deposit, contohnya dengan membenarkan dia keluarkan duit EPF terlebih dahulu.  

6. Pilih ejen hartanah yang berkualiti

Ejen hartanah yang berkualiti akan bantu anda jual rumah dengan senang. Dia akan berikan nasihat tentang poin 1-4 dengan lebih menyeluruh. Dari segi servis & komunikasi terbaik.

Selidik latar belakang ejen hartanah dengan interview, dan pilihlah seorang yang berpengalaman dalam sesebuah kawasan. Mereka juga akan uruskan proses pembelian dari segi marketing, viewing,  offer buyer, loan buyer, spa, dan kebanyakan akan mengikuti perkembangan sehingga penyerahan kunci kepada buyer. 

7. Ambil gambar terang dan jelas 

Tahun 2018, 90% pembeli mulakan pencarian rumah secara online. Gambar yang dipaparkan mestilah jelas dan menarik, membuatkan pembeli tertarik untuk dapatkan maklumat lanjut.

Janganlah masukkan gambar dinding rumah je.. pembeli nak tengok dengan jelas kawasan luar rumah, ruang tamu, dapur, bilik dan laman. 

Janganla pula gunakan gambar rumah orang lain untuk mengiklankan rumah sendiri. Pembeli akan rasa tertipu bila sampai masa untuk viewing rumah. 


8. Kelayakan Pembeli 

Penting untuk cek kelayakan pembeli terlebih dahulu sebelum proses seterusnya.

Kelayakan terbahagi kepada dua: kelayakan loan dan kemampuan untuk menyediakan 10% + 5% downpayment rumah. Kelayakan loan boleh cek dulu dengan mana-mana bank. Dari segi cash pula, buyer perlu sediakan 10% downpayment dan 5% fi peguam dan duti setem.

Kalau pembeli cash buyer lagi senang. Tapi pastikan cash sudah tersedia.

....
OK, jadi nilah serba serbi tips untuk jual rumah dengan cepat. Kebanyakan rumah yang terjual gerenti buat tips2 ni. Ada rumah yang viewing sampai 10 kali tapi belum dapat offer.. boleh semak balik apa yang tak kena. Mungkin sebab harga, kondisi, atau fleksibiliti anda sendiri. 

Harap tips-tips ni dapat membantu anda jual rumah dengan jayanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Landed atau Rumah Condo? Yang Mana Patut Saya Beli?

Hai! Kali ni saya nak kongsi apa kelebihan Rumah Landed dan rumah condo. Tak dinafikan, memang ramai yang mengidamkan rumah landed.. tapi harga rumah landed di KL dan Selangor dah naik mendadak sekarang. Pihak pemaju dah lama sedar tentang hal ni, jadi makin banyak condominium dibina untuk memenuhi kehendak pembeli yang nak tinggal dekat dengan bandar. Sebenarnya rumah landed atau rumah condo ni, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Jom tengok apa kebaikan dan apa keburukan rumah landed vs rumah condo! Kebaikan Rumah Landed 1. Lebih banyak ruang/kebebasan Kalau berkeluarga, semestinya rumah landed menjadi pilihan kerana ada ruang yang luas dan kebanyakan rumah landed ada dua tingkat. Ada kebebasan untuk buat penambahan atau membaik pulih kawasan rumah. Rumah landed landed juga ada kawasan di luar rumah yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak atau berkebun. 2. Senang parking Ini adalah faktor yang sangat penting di Malaysia kerana kebanyakan keluarg...

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)

*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini.  *UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian *UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di  https://goo.gl/62QtPv . Corner dan endlot terhad. *UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di  https://goo.gl/62QtPv    *UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp  https://goo.gl/62QtPv   untuk join waitlist projek baru* *NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang. Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajan...