Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Cara Elak Rumah Dihuni Penyewa Bermasalah!

Rata-rata pernah dengar tentang cerita penyewa yang teruk, merosakkan rumah dan sebagainya bukan? Ramai juga yang takut untuk menyewakan rumah disebabkan mendengar pengalaman buruk pemilik rumah lain.  Tapi sayang! Anda melepaskan peluang untuk menjana pendapatan secara pasif, dan salah satu cara membantu untuk membayar ansuran pinjaman bulanan rumah.  Sekiranya kita menyewakan rumah, kita pasti hendakkan penyewa yang bayar sewa tepat pada masa dan pandai menjaga rumah. Seorang pemilik rumah yang saya jumpa mengatakan bahawa “nak cari penyewa baik ni macam rezeki.”  Ya betul, penyewa yang baik ini rezeki, tapi adakah  kita hanya boleh mengharapkan penyewa yang baik tanpa berbuat apa-apa? Ada kah cara yang boleh mengurangkan risiko penyewa yang tak diingini? Setelah 6 tahun pengalaman menyewakan rumah dan 2 setengah tahun mencarikan penyewa untuk pemilik hartanah lain, saya simpulkan bahawa ada cara-cara untuk menentukan bahawa seorang penyew...