Tahun 2020 menampakkan projek perumahan baru tumbuh seperti cendawan di tepi jalan. Kebanyakan pembeli hartanah sangat suka dengan projek baru, terutamanya apabila dapat diskaun, rebet dan banyak lagi. Tapi tahukah anda tentang risiko pembelian projek baru? Adakah anda tahu bahawa di Malaysia terdapat 82 pemaju hartanah disenarai hitam? Jom kita lihat dahulu definisi projek undercon: Perumahan yang belum dibina. Penjual adalah pemaju hartanah. Banyak unit untuk dijual oleh satu pihak. CARA BELI RUMAH UNDER-CON Cara pembelian projek undercon sangat mudah berbanding pembelian rumah subsale atau rumah lelong. Kebiasaannya proses ini bermula dengan lawatan ke sales gallery atau show unit projek. Di situ anda akan berjumpa dengan sales rep yang akan membawa anda melawat show unit. Mereka juga akan memberitahu unit yang masih available beserta harga. Sekiranya berminat, anda akan diminta meletakkan duit booking dan sain surat mengatakan anda bersetuj...