Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

10 Sebab Anda Patut Gunakan Ejen Hartanah Kawasan Anda

Ada beza ke antara menggunakan ejen hartanah kawasan anda dengan ejen hartanah lain? Sangat banyak beza. Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya duduk di Cheras dari umur saya 7 tahun. Saya telah lihat kawasan ini membangun dari satu kawasan pinggiran Kuala Lumpur sehinggalah Cheras mempunyai highway sendiri, bandar-bandar baru membangun, kawasan komersial naik dan sehingga MRT dibuka pada tahun 2016. Bandingkan dengan ejen luar kawasan yang mempunyai pengetahuan terhad tentang Cheras. Bahkan hanya tahu tentang info tentang rumah, tanpa mengetahui "hotspot" atau data hartanah Cheras secara terperinci. Sekarang saya kongsi 5 sebab utama anda perlu gunakan ejen hartanah kawasan anda: 1. Pengetahuan luas maklumat hartanah sesuatu kawasan Ejen hartanah yang beroperasi di sesuatu kawasan akan tahu dengan terperinci data hartanah yang telah dijual, harga transaksi, dan bank value rumah di kawasan tersebut. Ini penting kerana harga jual rumah menent...

Kos-Kos Pembelian Rumah Subsale Beserta Contoh

Anda tengah dalam proses mencari rumah idaman anda? Ramai yang beranggapan membeli rumah ni setakat ada duit muka saja dah cukup.. Oh tidakkk.. Banyak lagi kos-kos lain yang terlibat semasa membeli rumah, terutamanya rumah subsale. Jom2 baca apa lagi kos yang perlu pembeli tahu! 1. Wang deposit/Duit Muka  Ini adalah kos terbesar yang perlu ditanggung dalam proses beli rumah. Biasanya wang deposit yang diperlukan adalah sebanyak 10% daripada harga rumah. Ini kerana margin loan kebiasaannya 90% daripada harga jualan rumah atau bank value (nilai yang paling rendah akan diambil).  Contohnya:  Harga rumah = RM 250K Wang deposit (10%) = RM 25K Ada juga kes special macam financing 100% dimana rumah akan dibiayai sepenuhnya. Dalam kes ni, sekiranya sedikit deposit diletakkan, anda akan dapat semula wang apabila proses jual beli selesai.  2. Yuran Guaman ("Legal Fees") & Stamp Duty untuk S&P  a) Legal Fees: Harga ruma...