Skip to main content

Rumah Landed atau Rumah Condo? Yang Mana Patut Saya Beli?


Hai! Kali ni saya nak kongsi apa kelebihan Rumah Landed dan rumah condo. Tak dinafikan, memang ramai yang mengidamkan rumah landed.. tapi harga rumah landed di KL dan Selangor dah naik mendadak sekarang. Pihak pemaju dah lama sedar tentang hal ni, jadi makin banyak condominium dibina untuk memenuhi kehendak pembeli yang nak tinggal dekat dengan bandar.

Sebenarnya rumah landed atau rumah condo ni, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Jom tengok apa kebaikan dan apa keburukan rumah landed vs rumah condo!




Kebaikan Rumah Landed

1. Lebih banyak ruang/kebebasan
Kalau berkeluarga, semestinya rumah landed menjadi pilihan kerana ada ruang yang luas dan kebanyakan rumah landed ada dua tingkat. Ada kebebasan untuk buat penambahan atau membaik pulih kawasan rumah. Rumah landed landed juga ada kawasan di luar rumah yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak atau berkebun.

2. Senang parking
Ini adalah faktor yang sangat penting di Malaysia kerana kebanyakan keluarga mempunyai lebih dari satu kereta. Ada rumah yang mempunyai ruang parking untuk dua kereta. Kalau muat satu kereta saja pun tidak mengapa, sebab boleh parking di luar kawasan rumah. Nak bawa masuk banyak barang ke dalam rumah pun senang. Tak perlu berjalan jauh atau tunggu lif.

3. Privasi
Setiap kawasan rumah berpagar dan mempunyai jarak minimum. Anak buat bising, melompat-lompat dan menjerit... tiada siapa akan komplen. Nak ada kucing ke, burung ke, terpulang pada kita kerana tidak tertakluk pada mana-mana syarat perbadanan bersama.

4. Kenaikan harga rumah dalam jangka masa panjang
Kenaikan harga rumah landed ni tak mustahil berlipat kali ganda dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun.


Keburukan Rumah Landed

1. Mahal 
Ini adalah masalah paling utama untuk memiliki rumah landed. Kebanyakan rumah teres di KL dan Selangor kini melebihi harga RM500,000. Apatah lagi rumah jenis semi-d dan banglo. Hanya mampu ternganga saja lah melihatnya. Bayaran bulanan satu hal, tambah lagi nak keluarkan duit deposit 10%. Wah wah.

2. Kekurangan Ciri-ciri Keselamatan
Rumah landed mempunyai akses yang mudah, dan begitu juga mudah untuk ditarget dan diperhatikan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Untuk kebanyakan pemilik, perkara ini amat merisaukan, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil. Terdapat banyak usaha taman-taman perumahan untuk menubuhkan rukun tetangga dan sebagainya, namun agak sukar untuk mengawal sekuriti 100%.

3. Belanja penyelenggaraan yang tinggi
Kawasan rumah yang besar semestinya memerlukan kos yang besar untuk selenggara atau melakukan penambah baikkan.

Itu adalah kebaikan dan keburukan membeli rumah landed. Bagaimana pula dengan rumah condo?



Kebaikan Rumah Condo

1. Harga mampu milik
Tidak dinafikan, harga condominium lebih mampu milik berbanding rumah landed. Harga purata di bawah RM400 kp masih boleh dicari di kawasan Selangor.

2. Ciri-ciri keselamatan tip top 
Kawasan perimeter condo yang berpagar dan di jaga sekuriti 24 jam menjadikan tahap sekuriti di condo tinggi. Tambahan pula, kebiasaannya pengawal keselamatan akan meminta IC atau pengenalan sesiapa yang memasuki kawasan condo. Kadar kecurian atau pecah masuk adalah lebih rendah berbanding rumah landed.

3. Mempunyai pelbagai fasiliti 
Condo mempunyai fasiliti seperti kolam renang, gim, taska asuhan, dewan serbaguna, kedai makan, taman permainan kanak -kanak dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini menyenangkan penduduk condo kerana tidak perlu keluar dari kawasan condo. Terutama sekali bagi yang bekerja, mudah dan jimat masa.

4. Harga sewa yang tinggi
Ramai juga yang duduk beberapa tahun, kemudian terpaksa pindah kerana bertukar kerja dan sebagainya. Daripada membiarkan rumah kosong, lebih baik disewakan. Banyak juga pelabur hartanah yang membeli rumah condo semata-mata untuk disewakan. Sewa condo yang tinggi dapat menampung bayaran ansuran bulanan bank. Untung tu!


Keburukan Rumah Condo 

1. Yuran penyelenggaraan bulanan
Oleh kerana condo menyediakan pelbagai kemudahan awam, kos penyelenggaraan dikongsi bersama penduduk condo dan perlu dibayar setiap bulan.

2. Kurang kebebasan
Pengubahsuaian hanya boleh dilakukan di bahagian dalam rumah. Sesetengah condo juga mempunyai syarat ketat seperti tidak boleh menyidai pakaian di beranda, serta mempunyai tempat tertentu untuk memasang penghawa dingin dan piring astro. Penduduk condo juga tidak dibenarkan untuk meletakkan barang di luar koridor serta tidak boleh membela binatang peliharaan seperti anjing dan kucing.

3. Kebiasaannya ruang lebih kecil 
Purata saiz condo kini adalah 900 kp, 3 bilik dan 2 bilik air. Sekiranya mempunyai ahli keluarga yang ramai, semestinya ruang agak sempit.


Samada condo atau rumah landed, yang perlu dititik beratkan adalah beberapa faktor yang penting. Lakukan kira-kira kewangan untuk menentukan kemampuan dan kelayakan pinjaman bank. Lawat kawasan rumah yang ingin dibeli dan ambil tahu tentang tempat-tempat yang berdekatan.

Sekiranya artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk SHARE di Facebook.


TENTANG SAYA: Seorang senior real estate negotiator yang berpengalaman mengendalikan penjualan dan pembelian rumah projek pemaju & subsale selama 4 tahun. Sebarang pertanyaan tentang servis jualan/beli di sekitar Klang Valley, boleh hubungi: ADILAH https://goo.gl/62QtPv (whatsapp) REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN24334) IWP ECOHILL FOLLOW: https://www.hartanahgirl.com
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCTzmy7Q9UMP5BUCO9z9uT5Q Instagram: https://www.instagram.com/hartanahgirl/ Facebook: https://www.facebook.com/hartanahgirl/ Blogger: https://hartanahgirls.blogspot.com

Comments

  1. korang kalau nak cari rumah landed murah2 yang mampu milik boleh try submit kelayakkan dekat website Benahous.com ni. Dah ramai golongan B40 dpt rumah idaman melalui ni. Sy pun Alhamdulillah da berjaya dibantu untuk miliki rumah idaman sy diusia muda ..

    benahous.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)

*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini.  *UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian *UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di  https://goo.gl/62QtPv . Corner dan endlot terhad. *UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di  https://goo.gl/62QtPv    *UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp  https://goo.gl/62QtPv   untuk join waitlist projek baru* *NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang. Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajan...