Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Gunakan Rumah Untuk Dapat Cash?

Kalau beli rumah, jangan ingat cara untuk dapatkan duit balik adalah dengan menjual rumah saja. Sebenarnya banyak cara lain untuk jana profit dengan rumah tau! 1. Menyewakan rumah Yang ini biasa saja. Semua dah maklum yang kita boleh menyewakan rumah untuk jana income lebih. Ada juga yang menyewa mengikut bilik atau sekepala. Ada juga yang menyewakan rumah harian macam homestay. Topik sewa ni, kalau nak sembang panjang boleh jadi satu buku. Terlalu banyak teknik dan strategi yang digunakan untuk menyewakan rumah.  2. Keluarkan duit EPF akaun 2 secara lump-sum Kalau ada beli rumah dalam tempoh 3 tahun, kita boleh mohon untuk keluarkan 10% daripada harga rumah. Kalau beli rumah RM400K, kita boleh mohon untuk keluarkan RM40K. Duit RM40K ni kita boleh guna untuk melabur di dalam ASB, atau unit trust untuk pulangan lebih lumayan berbanding EPF.  3. Keluarkan duit EPF akaun 2 bulan-bulan Walaupun kita sudah keluarkan duit epf 10% daripada harga rumah, selagi masih ada ...

4 Jenis Pengeluaran KWSP Untuk Pemilikan Hartanah

Mengikut " The 2019 Malaysian Home Survey " yang dijalankan dari 27 Disember 2018 sehingga 25 Januari 2019, 23% daripada pembeli menyatakan bahawa kekangan terbesar pembelian hartanah adalah disebabkan tak mampu bayar downpayment rumah.  Sumber: The Says   Adakah anda tahu, salah satu cara untuk dapatkan duit downpayment adalah melalui pengeluaran KWSP Akaun 2? Malah, terdapat empat jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk pemilikan hartanah! Jom baca untuk ketahui apa jenis-jenis pengeluaran KWSP ni.  1. PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH Anda dibenarkan untuk mengeluarkan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam akaun 2. Ini termasuklah untuk pembelian rumah dari pemaju atau rumah subsale. Pembiayaan cash atau pinjaman bank dibenarkan untuk pengeluaran akaun 2 ini.   Dokumen yang diperlukan:  -  Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen -  Mykad -  Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perja...

Tanah Lot Banglo Di Bawah Harga RM400k Kawasan Selangor

Anda sedang mencari tanah lot banglo di kawasan Selangor? Jom lihat tanah-tanah lot banglo yang berharga di bawah RM400K! SEPANG 1. JENDERAM HULU SEPANG Harga RM240,000 (RM50psf)  - Ciri-ciri tanah: Tanah bukit (cut & fill), diratakan, dan siap infrastruktur. Jalan akses ke tanah tersedia. Lebar jalan 50". Bungalow sekeliling sudah ada di tanah fasa awal bersebelahan. Tidak gated & guarded, satu jalan masuk sahaja. - Land area: 4800 sqft - Land tenure: Freehold, rezab melayu - Pemaju/subsale: Pemaju - Harga: RM240,000 (RM50psf) - Bonus: Free Legal Fee & MOT  Untuk maklumat lanjut tanah lot banglo ini,   klik sini untuk whatsapp saya.  2. Desa Salak Harmoni, Sepang Harga RM180,000 (RM45PSF)  - Ciri-ciri tanah: Pilihan tanah rata, atau sebelah bukit. Tidak gated & guarded. Satu jalan masuk sahaja. - Saiz tanah: 4000-7000 sqft - Saiz tanah: Freehold, rezab melayu - Pemaju/subsale: Pemaju - Harga: RM1...

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Pindah Ke Cheras Selatan Sekarang!

Cheras Selatan adalah gelaran yang diberikan kepada kawasan di Cheras, Selangor yang meliputi beberapa taman yang berada di kawasan itu. Cheras Selatan pada mulanya digunakan oleh Aeon Mall yang dibuka pada tahun 2006 iaitu "Aeon Cheras Selatan". Kawasan Aeon ini jatuh di bawah kawasan Balakong, namun untuk tujuan pemasaran yang lebih menarik, pihak Aeon mengambil keputusan untuk menggunakan nama Aeon Cheras Selatan. Cheras Selatan meliputi Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana, dan Taman Cheras Jaya. Daripada ketiga-tiga taman ini, Bandar Tun Hussein Onn adalah taman yang paling besar dan kita akan fokus pada taman ini. 1. Kurang Jam  Bandar Tun Hussein Onn, ada 3 jalan keluar masuk ke KL. Jalan ini juga bersambung dengan taman-taman lain. Satu melalui jalan Cheras-Kajang, satu melalui SILK highway dan lagi satu melalui jalan Taman Minang yang kemudian bersambung ke Jalan Alam Damai.  2. Dihubungkan Dengan Lebuhraya Dan MRT  Highway yang bersambung d...