Skip to main content

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Pindah Ke Cheras Selatan Sekarang!


Cheras Selatan adalah gelaran yang diberikan kepada kawasan di Cheras, Selangor yang meliputi beberapa taman yang berada di kawasan itu. Cheras Selatan pada mulanya digunakan oleh Aeon Mall yang dibuka pada tahun 2006 iaitu "Aeon Cheras Selatan".

Kawasan Aeon ini jatuh di bawah kawasan Balakong, namun untuk tujuan pemasaran yang lebih menarik, pihak Aeon mengambil keputusan untuk menggunakan nama Aeon Cheras Selatan.

Cheras Selatan meliputi Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana, dan Taman Cheras Jaya. Daripada ketiga-tiga taman ini, Bandar Tun Hussein Onn adalah taman yang paling besar dan kita akan fokus pada taman ini.

1. Kurang Jam 

Bandar Tun Hussein Onn, ada 3 jalan keluar masuk ke KL. Jalan ini juga bersambung dengan taman-taman lain. Satu melalui jalan Cheras-Kajang, satu melalui SILK highway dan lagi satu melalui jalan Taman Minang yang kemudian bersambung ke Jalan Alam Damai. 

2. Dihubungkan Dengan Lebuhraya Dan MRT 

Highway yang bersambung dengan kawasan Cheras Selatan adalah Highway Cheras-Kajang yang menghubungkan kawasan Cheras Selatan dengan Kajang dan Kuala Lumpur. 

Selain itu, SILK Highway menghubungkan Cheras Selatan dengan Kajang, Putrajaya, Semenyih, Bangi dan memendekkan perjalanan ke KLIA dan Seremban.

Sambungan ke highway memendekkan masa perjalanan terutama sekali ke tempat kerja. 

Bandar Tun Hussein Onn juga mempunyai stesen MRT sendiri yang dilengkapi fasiliti park n ride sebanyak 305 kapasiti kereta. Bayar saja RM100 untuk dapatkan tiket bulanan LRT, MRT. Penduduk Cheras Selatan dah jimat masa dan duit untuk pergi kerja.


3. Kemudahan Dan Fasiliti Lengkap Dalam 5 KM Radius

Cheras Selatan, terutama sekali Bandar Tun Hussein Onn, adalah bandar terancang dimana sejak awal pembinaannya, telah siap masterplan yang terdiri daripada kawasan perumahan, pusat komersial, sekolah-sekolah dan Masjid/surau.

Di antara kemudahan yang disediakan:

- Masjid Bandar Tun Hussein Onn & 6 surau lain
- Petrol Station: Petronas (3), Shell (1), Petron (1)
- Sekolah: SRK BTHO 1, SRK BTHO 2, SMK BTHO, SMK Cheras Perdana
- Pusat beli-belah: Aeon Big Suarasa, Aeon Cheras Selatan, Econsave, Gedung Tekstil Jakel & Ariani
- Hospital: Columbia Asia Cheras Selatan
- Bank: Citibank, Maybank, CIMB Bank, OCBC Bank, Hong Leong Bank

Wow! Banyaknya! Tak perlu pergi jauh-jauh untuk cari bank atau isi minyak. Lagi bagus bila pergi kerja, boleh drop off anak-anak dulu depan rumah je.

4. Pelbagai Pilihan Kedai Makan

Pilihan kedai makanan yang ada sangat banyak.. samada kedai makanan branded seperti Pizza Hut, Domino's, McDonald's, KFC, Chicken Rice Shop, Marybrown, Johnny's Steamboat Restaurant, PapaRich, Old Town Cafe,.. ataupun Kedai Mamak Alif Bistro, Fathima.

Kalau teringin kedai makanan masakan melayu, boleh cari Warung Kak Long, Ros Sari dan Restoren Gulai Panas.

Untuk kelainan, boleh cuba makanan food truck yang dibuka setiap petang di Suarasa, Bandar Tun Hussein Onn. Terdapat juga Cat Cafe -- Good Meowning Cafe di Bandar Tun Hussein Onn.

5. Pelbagai Aktiviti Hujung Minggu

Setiap hujung minggu, Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn akan dikunjungi beratus penduduk. Lake Valley adalah taman tasik berkeluasan 43 acre dan di sini terdapat trek jogging mengelilingi tasik buatan. 

Setiap pagi akan ada yang berjogging dan bersenam di Lake Valley. Kanak-kanak boleh bermain di taman permainan. Ada yang bagi ikan & burung makan. Jangan terkejut ikan di tasik semuanya sihat-sihat belaka.. diberi makan setiap hari. Mana taknya, siap ada peniaga jual makanan ikan pada hari sabtu dan ahad. 

Kalau tak suka aktiviti luar, boleh shopping di Aeon Cheras Selatan. Aeon Cheras Selatan mempunyai banyak pilihan kedai, dan paling best, ada TGV Cinema termasuk tayangan 2D & 3D sebanyak 8 movie screen. 

6. Mesra Keluarga

Kawasan Cheras Selatan ini sangat kondusif untuk keluarga, terutama yang mempunyai anak-anak. Terdapat satu taska yang diiktiraf JKM di Bandar Tun Hussein Onn dan dikenali sebagai Taska Halaman Ilmu.

Manakala untuk kanak-kanak pra-sekolah pula, ibu bapa ada banyak pilihan sekolah. Diantaranya: 

- Brainy Bunch
- Genius Aulad
- Al Baghdadi
- Alim Kids
- Pasti As-Syakirin Cheras Perdana

Semua dalam kawasan lingkungan Cheras Selatan. Kebanyakan pra-sekolah ini juga menyediakan perkhidmatan penjagaan "full day", dan ini menyenangkan ibu bapa yang bekerja.

Bagi anak-anak bersekolah, boleh dimasukkan ke pilihan sekolah rendah iaitu:

- Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 1
- Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
- Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin

dan untuk sekolah menengah:

- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn
- Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana


------

Jadi, bestkan Cheras Selatan ni.. lokasi strategik, banyak kemudahan, dekat dgn MRT dan paling best.. banyak jenis kediaman ada di sini. Sebut je-- apartment, rumah teres, semi-D atau Banglo.. semua ada.

Berminat nak tinggal di Cheras Selatan? Ada sebarang soalan tentang kawasan ni, atau nak cek kelayakan loan? Saya boleh tolong carikan rumah mengikut bajet dan citarasa anda. Whatsapp atau call saja Adilah 017-5709926.

Terima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

*2021* Aura Residence Condo di Presint 8, berhadapan Tasik Putrajaya

UPDATE Januari 2021: AURA RESIDENCE DAPAT CCC. 100% SIAP. Berminat untuk dapatkan maklumat unit yang masih available? Hubungi agent specialist AURA sekarang:  https://goo.gl/62QtPv (whatsapp) Kalau tengah mencari condo di Precint 8, Putrajaya, "Aura Residence" la jawapannya! Terletak di sebelah Istana Darul Ehsan, Aura Residence ni boleh dikatakan mempunyai lokasi yang terbaik. 5 minit je dari Ayer@8, bangunan2 kerajaan, hospital & sekolah! Projek ini bakal siap akhir tahun ni. . 5 REASONS WHY AURA RESIDENCE IS THE BEST CONDO PROJECT IN PUTRAJAYA! ================== . 1. MAGNIFICENT VIEWS - imagine viewing the annual boat race, and New Year fireworks from your balcony! . 2. PRESTIGIOUS ADDRESS - What's more majestic than a neighbour who's Sultan Selangor? (occupant of Istana Darul Ehsan) . 3. MODERN INTERIOR - The floor plans are arrange in such a way that maximizes floor space. Big modern windows light up the whole unit. . 4. GO...

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)

*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini.  *UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian *UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di  https://goo.gl/62QtPv . Corner dan endlot terhad. *UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di  https://goo.gl/62QtPv    *UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp  https://goo.gl/62QtPv   untuk join waitlist projek baru* *NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang. Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajan...