Skip to main content

Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 2 Untuk Beli Rumah

Ada ke cara yang boleh dapatkan balik duit deposit 10%? Ada.. salah satu cara adalah dengan mengeluarkan duit dari Akaun 2 KWSP. Maksimum boleh dikeluarkan untuk beli rumah ialah 10% daripada harga rumah. Banyak tu!!

Biasanya nak keluarkan duit KWSP untuk beli rumah ni tak lama.. Asalkan semua dokumen lengkap, dalam masa seminggu dah dapat duit dalam akaun.

Antara kelayakan untuk mengeluarkan duit KWSP:

1. Pemohon bertaraf warganegara atau bukan warganegara (PR)
2. Pemohon berumur kurang dari 55 tahun
3. Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2

Apa syarat pengeluaran?

1. Pemohon membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’/ ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Pemohon mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :-

 • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
 • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
 • Majikan ahli
 • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
 • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
• Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
• Secara tunai

3. Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP

4. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah mestilah dalam tempoh 6 bulan)


Apa dokumen yang diperlukan?

1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5) 

2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)

3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau salinan akaun semasa membuat permohonan)

 4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos



Sumber: Laman Web KWSP


TENTANG SAYA: Seorang senior real estate negotiator yang berpengalaman mengendalikan penjualan dan pembelian rumah projek pemaju & subsale selama 4 tahun. Sebarang pertanyaan tentang servis jualan/beli di sekitar Klang Valley, boleh hubungi: ADILAH https://goo.gl/62QtPv (whatsapp) REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN24334) IWP ECOHILL FOLLOW: https://www.hartanahgirl.com

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Landed atau Rumah Condo? Yang Mana Patut Saya Beli?

Hai! Kali ni saya nak kongsi apa kelebihan Rumah Landed dan rumah condo. Tak dinafikan, memang ramai yang mengidamkan rumah landed.. tapi harga rumah landed di KL dan Selangor dah naik mendadak sekarang. Pihak pemaju dah lama sedar tentang hal ni, jadi makin banyak condominium dibina untuk memenuhi kehendak pembeli yang nak tinggal dekat dengan bandar. Sebenarnya rumah landed atau rumah condo ni, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Jom tengok apa kebaikan dan apa keburukan rumah landed vs rumah condo! Kebaikan Rumah Landed 1. Lebih banyak ruang/kebebasan Kalau berkeluarga, semestinya rumah landed menjadi pilihan kerana ada ruang yang luas dan kebanyakan rumah landed ada dua tingkat. Ada kebebasan untuk buat penambahan atau membaik pulih kawasan rumah. Rumah landed landed juga ada kawasan di luar rumah yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak atau berkebun. 2. Senang parking Ini adalah faktor yang sangat penting di Malaysia kerana kebanyakan keluarg...

Cheras Lifestyle: Meet & Dine Bandar Sungai Long Restaurant Review

Starting this year, I'm ganna try to blog about nice spots in Cheras and surrounding areas. As it were, I wasn't planning on blogging this trip (hence lack of pictures) but it's such a nice restaurant so I'm going ahead anyway.  Meet and dine exterior photo courtesy of  Eatdrinkkl  blog Meet & Dine is located at Budiman Business Park, Bandar Sungai Long. It's 10 minutes away from the Cheras-Kajang Highway exit. First time you're there, you'll be admiring how elegant and understated the place looks like from the outside. The building is a repurposed factory. You'll notice mostly the glass panels and modern fishbone wall with a large signage bearing the restaurant name "Meet & Dine". I went here once before, for our agency award night. Yes, they do cater to small private events and I remembered the banquet being sumptuous. our 2019 award night For my second time, and hub's first time.. we went there for l...

*UPDATED 2022* Desa Budiman, Sungai Long, Cheras Kajang (Fasa Baru)

*UPDATE 1.3.2021: Projek Desa Budiman Fasa 6C telah siap 100% dan dapat CCC. Kunci akan mula handover pada pemilik baru bulan ini.  *UPDATE 9.2.2021: Disebabkan PKP, pemaju tangguhkan launching fasa baru. Tarikh launching akan diumumkan kemudian *UPDATE 22.11.2020: Fasa baru belum launching lagi. Dijangka 70+ unit rumah teres akan dilancarkan. Bagi yang berminat, boleh daftar nama di  https://goo.gl/62QtPv . Corner dan endlot terhad. *UPDATE 4.10.2020: Pemaju beritahu akan lancar fasa baru rumah teres. Tarikh launching belum diberitahu. Dijangka akhir tahun. Sekiranya berminat untuk menjadi yang pertama dapat info launching, boleh whatsapp saya di  https://goo.gl/62QtPv    *UPDATE 16.7.2020: Projek Desa Budiman Fasa 6C fully SOLD OUT. Whatsapp  https://goo.gl/62QtPv   untuk join waitlist projek baru* *NEW LAUNCH* Projek Desa Budiman di Bandar Sg Long, Kajang. Buat anda yang sedang tercari-cari projek baru landed di kawasan Cheras atau Kajan...